
SEJARAH SYARIKAT
Syarikat ini bermula dengan nama Syarikat Dinasti Sam pada 14 Januari 2000 iaitu sebuah syarikat milikan tunggal di bawah kepimpinan Puan Hajah Fazila Nathasa Binti Sairi sebagai Pengurus Syarikat. Pada awalnya, syarikat ini hanya menjalankan beberapa projek yang melibatkan perladangan. Saban tahun syarikat ini telah meluaskan lagi skop perniagaan dengan mewujudkan beberapa buah anak syarikat yang menjalankan pelbagai jenis aktiviti perniagaan. Kini, Syarikat Dinasti Sam telah mengorak langkah ke hadapan sekaligus memulakan nafas baru dengan menggabungkan beberapa buah syarikat di bawah satu bumbung syarikat induk iaitu Dinasti Sam Group pada tahun 2013. Syarikat ini merupakan syarikat induk untuk beberapa anak syarikat iaitu Dinasti Sam Plantation Sdn Bhd, Dinasti Sam Properties Sdn Bhd, Dinasti Sam Construction Sdn Bhd, Syarikat Dinasti Sam, Dinasti Sam Farm dan Dinasti Sam Aqua. Pada masa yang sama, syarikat ini memperluas perniagaannya dalam pelbagai sektor seperti perladangan, hartanah, pembinaan dan tender projek di mana setiap sektor dikendalikan oleh syarikat yang bernaung di bawah Dinasti Sam Group mengikut skop perniagaan masing-masing.